Wednesday, 6 May 2015

RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIAH


RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIAH

Rawatan islam ruqyah syariah adalah rawatan kaedah sunnah dan juga bacaan ayat-ayat suci Al-quran berserta zikir-zikir, bagi mengenal pasti masalah punca penyakit berkaitan makhluk halus (jin).  Kaedah rawatan yang kami jalankan ialah DOA, RUQYAH,TEKNIK DAN TAWAKKAL.


Doa: memohon perlindungan dan pertolongan serta penyembuhan dari Allah swt

Ruqyah: kalimah arab bermaksud jampi yang di benarkan syariat, ayat2 al quran dan zikir.

Teknik: usaha dan kaedah samada berdialog (dakwah), teknik tikam, pancung, ikat, tarik dan buang. Pagar rumah atau tawar racun. Serta amalan zikir yg perlu pesakit amalkan. 

Tawakkal: penyerahan diri dan segala usaha yang telah di lakukan kepada Allah swt semata-mata.

Pesakit hendaklah membuat temu janji rawatan terlebih dahulu, tarikh rawatan akan disediakan oleh perawat. Wajib untuk membeli sebotol air syifa rm10 untuk sesi rawatan. Pesakit di nasihatkan untuk tidak datang seorang diri, jika wanita sila datang dengan muhrim anda dan bawa kain telekung anda. Pesakit juga mungkin akan di syorkan (tiada paksaan) untuk membeli ubat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.


Rajah 2: Air penawar Nur Ehsan  RM10


Rajah 3: pil penawar Nur Ehsan RM10


Rajah 4: spray habbatus sauda syifa nur Ehsan RM10


Rajah 5: garam bukit ruqyah RM10


Rajah 6: spray aromaterapi RM10, sabun ruqyah RM10 dan minyak wangi kasturi ruqyah RM10

Hari appointment rawatan: isnin-khamis. 9pg-10mlm
Bayaran adalah seikhlas hati, jika kami perlu ketempat anda sila sediakan pengangkutan, tempat tinggal sekiranya perlu.

Untuk hari Ahad boleh dtg ke AKRINE KUANG. 

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji rawatan sila call/sms/whatsapp:

Ustaz Helmi: 010-2582738 / 012-2582135

Rawatan Bekam Sunnah

Rawatan bekam dan jenis bekam

Jenis² bekam: 

Bekam kering (angin) dan bekam basah (darah), bekam angin adalah bertujuan membuang angin di dalam badan dan merangsang titik sakit pada badan, selain itu juga membantu mengkebaskan kawasan point untuk bekam darah. 

Pesakit akan di bekam angin terlebih dahulu selama 2-5 minit bagi setiap point yg terpilih. Selepas itu barulah di lakukan tusukan/sayatan dengan jarum bekam atau pisau bekam bagi mengeluarkan darah. Setelah itu di sedut darah dengan alat bekam bagi mengeluarkan darah kotor dan angin. 

Dalam gambar rajah boleh di lihat darah yg di keluarkan dan wap air yang terbentuk kerana angin yang keluar dari badan.

Sebelum berbekam, pesakit adalah di nasihatkan supaya jangan makan kenyang 4jam sebelum atau lebih baik berpuasa (sunat berpuasa sebelum berbekam). Berniatlah ketika berbekam untuk mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah saw, dan juga untuk mendapat nikmat kesihatan supaya boleh beribadah dengan lebih baik. InsyaAllah..

Amalan berbekam elok di amalkan 3bln sekali bg membuang darah kotor atau paling kurang 1tahun sekali. Bagi mereka yang berbekam untuk penyakit kronik tertentu perlulah ketahui bahawa pesakit perlulah bersabar dan istiqamah dalam mengamalkan bekam, dan rawatan perlu di jalankan secara berULANG-ULANG kali sekurang-kurang nya 3kali untuk mendapatkan hasil yang baik.



Rajah 1. Bekam darah



Rajah 2. Angin dan darah yg keluar ketika bekam


Rajah 3: point bekam




1point bekam : RM7.00
Pakej 11point : RM70.00

Cas tambahan jika kami ketempat anda: RM50

Call saya untuk rawatan temu janji:

Ustaz Helmi: 010-2582738 / 010-2582135

Pengenalan Pusat Rawatan Islam Sayyidina Umar (prisu)

Bismillahirrahmanirrahim, 

     Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah swt atas limpah kurnia nikmat yang diberi. Dan jutaan terima kasih kepada para murabbi dan masya'ikh, Tuan Guru Ustaz Abdul Majid (Akrine), Tuan Guru Ustaz Muhammad Abdullah (ImanTerapi), Tuan Guru Ustaz Hasnol Hakim (Sahabat Mukmin) dan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong dan memberi idea penubuhan pusat rawatan ini.

        PRISU di tubuhkan oleh Helmi Shaedi Bin Saleh 2014, pusat rawatan kami menawarkan rawatan islam rukyah syari`ah, gurah dan juga rawatan bekam sunnah. Terbabit secara langsung dengan pusat rawatan Akrine (kiri 1, 2 & 3) pada tahun 2011. 

         Saya juga merupakan seorang ahli perawat Akrine yabng bernombor 12-00157, merupakan juga perawat mingguan Ahad di HQ pusat rawatan islam AKRINE Kuang. Melalui berkhidmat rawatan mingguan Ahad di HQ, banyak dapat menimba ilmu dan pengalaman dari rakan-rakan Mualij seperjuangan. Terima kasih pada Tuan Guru dan rakan-rakan yang banyak berkongsi.

        PRISU ditubuh kan atas dasar untuk membantu serta menerangkan kemusykilan gangguan makhluk halus sama ada saka atau sihir dan seumpamanya. Memberi pendedahan dan menyebarkan rawatan islam berdasarkn Al-Quran dan Sunnah berteraskan tauhid yang benar, kasih sayang dan kegembiraan. Sesuai dengan matlamat penubuhan, kami menawarkan khidmat rawatan islam rukyah syariah, gurah resdung dan rawatan bekam sunnah. Bagi yang memerlukan rawatan samada berkenaan rawatan islam rukyah syariah atau bekam boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji rawatan di no tel: 010-2582738 / 012-2582135. Atau tuan/puan boleh terus datang ke pusat rawatan kami di:

Cawangan Kuala Selangor:

No. 233, Jln Tanjung Keramat,
45000, Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Cawangan Klang:

Tingkat Bawah, Lot 5, 
Bangunan TH, Daerah Klang,
Jalan Kapar, 41000, Kelang,
Selangor Darul Ehsan