Wednesday, 6 May 2015

Rawatan Bekam Sunnah

Rawatan bekam dan jenis bekam

Jenis² bekam: 

Bekam kering (angin) dan bekam basah (darah), bekam angin adalah bertujuan membuang angin di dalam badan dan merangsang titik sakit pada badan, selain itu juga membantu mengkebaskan kawasan point untuk bekam darah. 

Pesakit akan di bekam angin terlebih dahulu selama 2-5 minit bagi setiap point yg terpilih. Selepas itu barulah di lakukan tusukan/sayatan dengan jarum bekam atau pisau bekam bagi mengeluarkan darah. Setelah itu di sedut darah dengan alat bekam bagi mengeluarkan darah kotor dan angin. 

Dalam gambar rajah boleh di lihat darah yg di keluarkan dan wap air yang terbentuk kerana angin yang keluar dari badan.

Sebelum berbekam, pesakit adalah di nasihatkan supaya jangan makan kenyang 4jam sebelum atau lebih baik berpuasa (sunat berpuasa sebelum berbekam). Berniatlah ketika berbekam untuk mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah saw, dan juga untuk mendapat nikmat kesihatan supaya boleh beribadah dengan lebih baik. InsyaAllah..

Amalan berbekam elok di amalkan 3bln sekali bg membuang darah kotor atau paling kurang 1tahun sekali. Bagi mereka yang berbekam untuk penyakit kronik tertentu perlulah ketahui bahawa pesakit perlulah bersabar dan istiqamah dalam mengamalkan bekam, dan rawatan perlu di jalankan secara berULANG-ULANG kali sekurang-kurang nya 3kali untuk mendapatkan hasil yang baik.



Rajah 1. Bekam darah



Rajah 2. Angin dan darah yg keluar ketika bekam


Rajah 3: point bekam




1point bekam : RM7.00
Pakej 11point : RM70.00

Cas tambahan jika kami ketempat anda: RM50

Call saya untuk rawatan temu janji:

Ustaz Helmi: 010-2582738 / 010-2582135

No comments:

Post a Comment